美容美体包括什么项目| 什么店可以买到老鼠药| 马冬梅是什么梗| 石家庄古代叫什么名字| 长颈鹿的脖子为什么那么长| 试管婴儿是什么| 眼睛看什么科| 应激是什么意思| 梦见仙鹤是什么意思| 维生素d什么时候吃最好| 舞是什么结构| 恕是什么意思| 牛仔裙配什么上衣好看| 肺炎吃什么水果好| 边字是什么结构| 上户口需要什么资料| 五行缺什么怎么算| 血常规crp是什么意思| 宽宏大度是什么生肖| 二十四节气分别是什么| eva鞋底是什么材质| 狗血是什么意思| babycare是什么牌子| 科目三考什么内容| 高危妊娠是什么意思啊| 砧板是什么工作| 醋酸是什么面料| 尽善尽美是什么意思| 嘴角发黑是什么原因| 狐狸和乌鸦告诉我们什么道理| 咖啡对身体有什么危害| 毛泽东的女儿为什么姓李| 阴晴不定是什么意思| 乌灵参是什么东西| 为什么会长黑头| 寒湿体质吃什么中成药| 腊月是什么星座| 淋巴细胞百分比偏高是什么原因| 草鱼吃什么| 什么的少年| 米咖色是什么颜色| 救赎什么意思| 什么是吸附性义齿| 梦到被蛇咬是什么预兆| 姚晨为什么不红了| 马脸是什么脸型| 11月7日是什么星座| 蒸桑拿是什么意思| 经常喝饮料有什么危害| 左手臂发麻是什么原因| 脚丫痒是什么原因| 今天穿什么| 依波手表什么档次| 一个三点水一个有读什么字| 青柠是什么意思| 秋葵有什么好处| 敏是什么意思| 厚黑学讲的是什么| 高血钙有什么症状| 市政协主席是什么级别| 青少年流鼻血是什么原因引起的| 月亮杯是什么东西| 发蜡是什么| 八月一号是什么星座| 什么的香味| 嫑怹是什么意思| 冲锋衣三合一是什么意思| 机车什么意思| 白细胞高吃什么药| 什么扑鼻| 鸡的五行属什么| 腱鞘囊肿看什么科| dm是什么意思| 三伏贴什么时候贴| hev是什么意思| 血燥吃什么药| 活力是什么意思| 前列腺肿瘤有什么症状| 出虚汗是什么原因引起的怎么调理| 吃什么东西可以除湿气| 大便水状是什么原因| 正常人尿液是什么颜色| 增生性贫血是什么意思| 脚后跟疼什么原因| 母亲生日送什么礼物| 心得安又叫什么名| 凤五行属性是什么| 可乐必妥是什么药| 爱情是什么颜色的| 强龙不压地头蛇是什么生肖| 晚上看见刺猬预示什么| 问诊是什么意思| 什么是事实婚姻| 胸口中间疼是什么原因| 指甲上有白点是什么原因| 猫砂是干什么用的| 老上火是什么原因造成的| 12月3日什么星座| 酒后大量出虚汗什么原因| 丹凤眼是什么样的| 陪产假什么时候开始休| phe是什么氨基酸| 血糖可以吃什么水果| 10个油是什么意思| 上海有什么好玩的| 柒牌男装什么档次| 尔字五行属什么| 背债是什么意思| 什么的旅行| 天德是什么生肖| 风流倜傥是什么意思| 消停是什么意思| 炎字五行属什么| 什么的地板| 对方忙线中什么意思| 出类拔萃是什么意思| 樵夫是什么意思| hpv什么症状| 怀孕排卵试纸显示什么| 拔牙后不能吃什么食物| 吃苦瓜对身体有什么好处| 千里共婵娟什么意思| 农历6月是什么月| 曹操是个什么样的人| 水金龟属于什么茶| 什么是微循环| 喝什么水最好| 出国需要什么手续和证件| 月经不来要吃什么药| 乳腺增生不能吃什么食物| 阿拉蕾什么意思| 浪蹄子什么意思| 3月22日是什么星座| 肉燕是什么做的| 便秘和腹泻交替出现是什么意思| 藏青和藏蓝有什么区别| 吃什么补性功能最快| 炎热的夏天风儿像什么| 方形脸适合什么发型| 家里有小蜘蛛预示什么| 相知是什么意思| 三月十八是什么星座| 脑梗吃什么水果| 阴历7月22什么日子| plover是什么牌子| 狗牯脑茶属于什么茶| 黄体期是什么| 脾胃不好可以吃什么水果| 脚丫痒是什么原因| 氯是什么意思| 自给自足是什么意思| 龙眼什么时候上市| 吕洞宾属什么生肖| 属牛是什么命| 荷尔蒙是什么意思啊| 分贝是什么意思| 深静脉血栓有什么症状| 剪短发什么发型好看| 什么叫ins风格| 什么时候种大白菜| 生蚝吃了有什么好处| 什么是| 洁身自爱是什么生肖| 忘忧草是什么意思| 右胸上方隐痛什么原因| 有气质是什么意思| 猫驱虫药什么牌子好| 考生号是什么| 凌志和雷克萨斯有什么区别| 什么家门| 子宫肌瘤伴钙化是什么意思| 4月2号什么星座| 防弹衣为什么能防弹| 2008年属什么生肖| 七一是什么节| 造血干细胞是什么| 柠檬是什么季节的水果| 3月3号是什么星座| 接触性皮炎用什么药| 烫伤用什么药好| 为什么四川总地震| 食管ca是什么意思| 燕麦是什么| 下巴下面长痣代表什么| 吃什么利尿消肿| sids是什么意思| 子宫内膜厚是什么原因造成的| 男性b超检查什么项目| prada什么牌子| 接吻要注意什么| 巨蟹男和什么座最配对| 外阴有白色的东西是什么| 矫正视力是指什么| 经常干呕是什么原因| 代可可脂是什么| 梦见自己丢钱了什么征兆| 跑步大腿痒是什么原因| 驴板肠是什么部位| 飞机上不能带什么| 拉稀是什么原因| 月经褐色量少是什么原因| 出炉是什么意思| 什么是编外人员| 下象棋有什么好处| 浑身乏力吃什么药| 先兆流产是什么意思| 血小板分布宽度低是什么原因| 流年什么意思| 洗面奶什么时候用最好| 百合是什么颜色| 下巴底下长痘痘是什么原因| 男性睾丸疼痛什么原因| 吃饭咬到舌头什么原因| 感冒咳嗽吃什么水果好| 盐酸舍曲林片治疗什么程度的抑郁| 男生下巴长痘痘是什么原因| d cup是什么意思| 酒精过敏是什么症状| 吃完饭胃疼是什么原因| 什么是德训鞋| 脚气是什么| 横店是什么| 高我是什么意思| 上海有什么特色美食| 7月23号是什么星座| 赧然是什么意思| 屁股上有痣代表什么| 照见五蕴皆空什么意思| 查血管堵塞做什么检查| 吃什么消炎药可以喝酒| 窦性心律是什么意思| 沉疴是什么意思| 深褐色是什么颜色| 美女是什么生肖| 御字五行属什么| x表示什么| 杰字属于五行属什么| 箜篌是什么乐器| 月经血块多是什么原因| 香蕉为什么不能放冰箱| 黑户是什么| 扎是什么意思| 什么人不能吃阿胶| 茯茶属于什么茶| 口臭挂什么科| jm是什么| 心律不齐房颤吃什么药| 金酒属于什么酒| 调理肠胃吃什么好| 嘴咸是什么原因| 诸葛亮为什么气死周瑜| 34是什么意思| 慢性胃炎吃什么药好| 纲是什么意思| 妥了是什么意思| 乳腺应该挂什么科| 乳头内陷挂什么科| 湿热吃什么药好| 前列腺特异性抗原高是什么原因| 孺子是什么意思| 什么样的女人招人嫉妒| 狗上皮过敏是什么意思| 容易感冒的人缺什么| 痔疮手术后可以吃什么| 百度Pergi ke kandungan

7月1号是什么节日

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Napoli
Nama penuhSocietà Sportiva Calcio Napoli S.p.A.
GelaranPartenopei
Gli Azzurri (Biru)
Diasaskan1 Ogos 1926; 99 tahun yang lalu (2025-08-05)
as Associazione Calcio Napoli
StadiumStadio Armando Maradona
(Kapasiti: 54,726)
PemilikFilmauro S.r.l.
PresidenAurelio De Laurentiis
Ketua jurulatihAntonio Conte
LigaSerie A
2024–25Serie A, ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa
百度 《办法》说,不动产权利人、利害关系人申请查询不动产登记资料,应当提交查询申请书以及不动产权利人、利害关系人的身份证明材料以及买卖合同、互换合同、赠与合同、租赁合同、抵押合同等。

Società Sportiva Calcio Napoli, atau dirujuk sebagai Napoli (disebut [?na?poli]), merupakan sebuah kelab profesional Itali yang berpangkalan di Naples, Itali. Napoli kini bermain di Serie A. Kelab ini merupakan salah satu kelab cemerlang di Itali di mana ia telah meraih empat kejuaraan Serie A, enam gelaran Coppa Italia dan dua kali merangkul Supercoppa Italiana. Di pentas Eropah, kelab ini memenangi Piala UEFA pada musim 1988–89.

Napoli juga kelab keempat di Itali memiliki peminat tertinggi di belakang Juventus, Internazionale dan Milan selain Napoli satu-satunya kelab paling cemerlang di selatan Itali. Kelab ini berada di kedudukan kelima kelab bola sepak paling berharga di Serie A di belakang Inter, Roma, Milan dan Juventus dalam terma pendapatan kelab iaitu sebanyak €125.5 juta pada tahun 2015.

Napoli salah satu ahli Pertubuhan Kelab Eropah, sebuah organisasi yang menggantikan G-14 yang terdapat kelab bola sepak berprestij di Eropah. Menurut Deloitte Football Money League, sehingga tahun 2014, Napoli merupakan kelab ke-15 terkaya di dunia.[1] Napoli juga di kedudukan ke-8 kelab terbaik di Eropah dan kedua terbaik di Itali jika mengikut kedudukan yang dikeluarkan UEFA pada Januari 2016.[2]

Kelab ini mempunyai salah satu kelab yang mempunyai pendapatan tertinggi dan mempunyai pangkalan peminat terbesar di dunia. Napoli disenaraikan dalam kelab bola sepak paling bernilai oleh Forbes dan Napoli di kedudukan ke-17 dengan berharga 353 juta dolar. Pada tahun 2015, Napoli berada di kedudukan ketujuh daripada 20 kelab paling berharga di dunia. Sehingga 2015, pendatan tahunan Napoli dianggarkan sebanyak $224 juta dan membuatkan Napoli berada di kedudukan ketiga dalam Serie A dan ke-16 kelab memiliki pendapatan tertinggi.

Napoli menjadi terkenal di seluruh dunia apabila pemain legenda 1980an, Diego Maradona bermain untuk kelab ini pada masa itu. Napoli juga mempunyai pemain yang meraih anugerah Ballon d'Or iaitu Fabio Cannavaro yang memulakan kariernya di sini dan ramai pemain Napoli menjadi terkenal dan terkemuka. Menurut Statistik dan Sejarah Bola Sepak Persekutuan (IFFHS), Napoli merupakan kelab ketiga terbaik di dunia pada tahun 2015.[3]

Napoli ditubuhkan dengan nama Naples Foot-Ball & Cricket Club pada tahun 1904 oleh kelasi Inggeris, William Poths dan pembantunya Hector M. Bayon.[4] Orang Napoli di situ seperti Conforti, Catterina dan Amedeo Salsi juga terlibat dalam penubuhan kelab ini. Kit asal kelab ini ialah berwarna biru muda dan baju berjalur biru laut bersama seluar pendek hitam.[5] Perlawanan pertama Napoli ialah menentang krew Inggeris dari bot Arabik dan keputusannya Napoli menang 3-2. Nama kelab ini ditukar kepada Naples Foot-Ball Club pada tahun 1906.[perlu rujukan]

Pada awal penubuhannya, Kejohanan Bola Sepak Itali dianjurkan terhad hanya untuk kelab di utara Itali namakala kelab di selatan Itali bertanding menentang kelasi.[6] Selain itu, Napoli meraih tiga kejuaraan Lipton Challenge Cup anjuran Thomas Lipton dan ketiga-tiga perlawanan akhir itu antara Napoli dan Palermo FBC. Kontinjen asing di kelab itu berpecah pada tahun 1912 lalu terbentuknya satu kelab lain iaitu Internazionale Napoli[7] dan pertama kali kedua-dua kelab membuat debut dalam Kejohanan Itali pada musim 1912-13. Walaupun kedua-dua pasukan ini menjadi musuh bagi kelab masing-masing, keputusan mereka tidak cemerlang pada era selepas Perang Dunia Pertama dan akhirnya mereka bergabung sebagai Foot-Ball Club Internazionale-Naples atau dikenali sebagai FBC Internaples.[perlu rujukan]

Associazione Calcio Napoli

[sunting | sunting sumber]

Di bawah pimpinan presiden Giorgio Ascarelli, kelab ini mengubah namanya kepada Associazione Calcio Napoli pada 23 Ogos 1926.[8] Selepas permulaan yang lemah dengan hanya mengumpul mata tunggal dalam kejuaraan Itali,[9] Napoli dimasukkan semula ke Serie A oleh Persekutuan Bola Sepak Itali dan prestasi Napoli mula bertambah baik dan berterima kasih kepada pemain kelahiran Paraguay, Attila Sallustro yang menjadi minat buat penyokong Napoli.[10] Beliau juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Napoli dan rekod itu masih dipegangnya sehingga ke hari ini.

Napoli menyertai era Serie A di bawah pengurusan William Garbutt. Ketika tempohnya selama enam tahun, kelab ini mengalami perubahan dramatik apabila menamatkan musim di bahagian tengah liga.[11] Ini juga termasuk Napoli menduduki tempat ketiga sebanyak dua kali iaitu pda musim 1932-33 dan 1933-34. Pada tahun-tahun menghadapi Perang Dunia Kedua, Napoli kian mundur dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada musim 1939-40.[12]

Napoli berpindah dari Stadio Giorgio Ascarelli ke Stadio Arturo Collana dan kekal di Serie B sehingga perang tamat. Ketika permainan bersambung, Napoli mara ke Serie A namun tersingkir ke Serie B dua musim kemudian kerana terbabit dalam skandal rasuah.[13] Napoli mula ke Serie A semula pada awal 1950an. Napoli berpindah ke gelanggan baru mereka, Stadio San Paolo pada tahun 1959. Tiga tahun kemudian, Napoli menjulang trofi Coppa Italia buat pertama kali seleps menewaskan SPAL, 2-0.[14]

Era Maradona

[sunting | sunting sumber]
Peminat Napoli meraikan kejuaraan scudetto pertama Napoli pada Mei 1987.

Kelab ini menukar namanya kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada 25 Jun 1964[15] dan Napoli mula bangkit selepas layak ke Serie A pada musim 1965-66 sebelum beraksi di Serie B sebelum ini. Di bawah pengurusan bekas pemain Bruno Pesaola, mereka memenangi Coppa delle Alpi[16] dan menjadi pasukan elit di Serie A.[17] Napoli memberikan tentangan terhadap pendahulu liga, AC Milan pada musim 1967-68 apabila Napoli menamatkan musim di tempat naib juara. Dalam tempoh ini, beberapa pemain ternama muncul antaranya Dino Zoff, José Altafini, Omar Sívori dan Antonio Juliano. Juliano merupakan pemain Napoli membuat kemunculan terbanyak dan sehingga kini, rekod itu masih dipegang olehnya.

Napoli meneruskan rentak cemerlangnya pada era 1970an dengan berada di tempat ketiga liga pada musim 1970–71 dan 1973–74.[18] Di bawah bimibingan bekas pemain Luís Vinício, Napoli layak ke kejohanan Piala UEFA pada musim 1974-75 dan mereka melangkah ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada pasukan Republik Czech, Baník Ostrava 3-1 secara agregat. Pada musim sama, Napoli menduduki tempat naib juara Serie A di belakang pendahulu Juventus.[19]

Selepas menewaskan Southampton 4–1 secara agregat untuk meraih Piala Liga Itali-Inggeris,[20] Napoli layak ke Piala Juara-Juara UEFA pada musim 1976-77, mereka melangkah ke separuh akhir sebelum tewas 2-1 kepada wakil Belgium, Anderlecht.[21] Mereka juga merangkul kejuaraan kedua, Coppa Italia pada 1975–76 dengan menyingkirkan Milan dan Fiorentina sebelum menewaskan Verona 4–0 dalam perlawanan akhir.[22] Dalam liga Itali, prestasi Napoli agak konsisten dan termasuk dalam enam pasukan gergasi Itali pada lewat 1970an.[23] Pada awal 1980an, kelab ini menduduki tempat ketiga pada musim 1980-81. Walau bagaimanapun, kelab ini terselamat daripada zon penyingkiran pada tahun 1983.[24]

Fail:1986-87 Serie A - SSC Napoli v Juventus FC - Diego Maradona & Michel Platini.jpg
Maradona bersama Platini dari Juventus ketika musim 1986-87.

Napoli memecah rekod perpindahan dunia apabila mengikat Diego Maradona dari Barcelona dengan harga 12 juta euro pada 30 Jun 1984.[25] Pasukan Napoli mula bangkit apabila menduduki tempat ketiga untuk musim 1985-86. Pada musim 1986–87 merupakan musim bersejarah bagi pasukan Napoli apabila mereka akhirnya menjulang trofi Serie A dan merangkul kejuaraan Coppa Italia setelah menewaskan Atalanta 4–0. Disebabkan pasukan dari Selatan Itali tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan liga, kali ini Maradona mengubah sosial, budaya dan ikon agama[26] untuk orang-orang Napoli.

Kelab ini tidak terlalu cemerlang dalam peringkat Piala Eropah pada musim berikutnya dan sekadar naib juara di Serie A. Walau bagaimanapun Napoli menjadi juara Piala UEFA 1988-89 dan merangkul kejuaraan Eropah pertama. Napoli menambah lagi gelaran Serie A pada musim 1989-90 selepas perbezaan dua mata dengan Milan.

Ketika Piala Dunia FIFA 1990, San Paolo satu-satunya stadium yang tidak mengejek lagu kebangsaan Argentina ketika berlangsung dan Maradona tunduk kepada penyokong Napoli dan akhirnya negara Maradona layak ke perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, selepas perlawanan akhir, Persekutuan Bola Sepak Itali memaksa Maradona melakukan ujian doping dan keputusannya beliau didapati negatif kerana mengambil kokain. Kemudian, Maradona berkata bahawa ia adalah satu plot untuk membalas dendam untuk acara-acara di Piala Dunia. Maradona digantung 15 bulan dan dilarang untuk bermain bersama Napoli lagi. Kelab ni menjuarai Supercoppa Italiana pada tahun yang sama selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas Juventus dan ini merupakan trofi terakhir buat Napoli dalam masa 22 tahun. Pada saingan Piala Eropah, mereka tersingkir di pusingan kedua.

Kemerosotan dan kebangkitan

[sunting | sunting sumber]

Napoli menamatkan musim 1991-92 di tempat keempat dan Napoli beransur-ansur menjadi merosot selepas musim itu. Pemain-pemain seperti Gianfranco Zola, Daniel Fonseca, Ciro Ferrara dan Careca meninggalkan Napoli pada tahun 1994. Napoli tidak berjaya ke Piala UEFA 1994-95 kerana tersingkir dalam pusingan kelayakan. Namun, Napoli mara ke perlawanan akhir Coppa Italia 1996-97 namun tewas 3-1 kepada Vicenza. Prestasi Napoli di Serie A amat mengecewakan dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada penghujung musim 1997-98 selepas hanya mencatat tiga kemenangan sepanjang musim.

Kelab ini kebali ke Serie A selepas musim 1999-2000 dan namun, kelab ini sekali lagi tersingkir ke divisyen kedua pada musim berikutnya. Di Serie B, mereka gagal untuk mendapat tempat di Serie A pada musim depan. Mereka gagal untuk merebut tempat ke Serie A apabila beraksi di Serie B untuk musim 2001-02. Untuk memulihkan keadaan bola sepak di Naples, pembikin filem Aurelio De Laurentiis menukarkan nama kelab ini kepada Napoli Soccer. Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) meletakkan Napoli dalam Serie C1 dan mereka juga gagal merebut tempat untuk kenaikan liga pada musim Serie C1 2004-05.

Disebabkan Napoli bermain di divisyen tercorot, purata kehadiran penontonnya mengalahkan kelab dari Serie A dengan memecah rekod kehadiran Serie C sebanyak 51,000 penonton pada satu perlawanan. Pada musim berikutnya, mereka akhirnya kembali ke Serie B dan De Laurentiis memperbaharui nama kelab ini kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada Mei 2006. Mereka berjaya menerima kenaikan liga pada musim 2006-07 selepas mengalahkan Genoa pada perlawanan akhir musim. Napoli menamatkan kempen di Serie A bagi musim 2007-08 di tempat ketujuh liga dan memberikannya tempat di pusingan kelayakan Piala Intertoto UEFA.

Pada musim 2007-08, Napoli disaksikan layak ke Piala UEFA 2007-08 melalui Piala Intertoto 2008. Namun, pasukan ini tersingkir pada pusingan pertama oleh Benfica. Pada peringkat domestik, Napoli bermua dengan menarik apabila menduduki tempat di Liga Juara-Juara namun apabila di pertengahan musim, Napoli jatuh ke tangga 11 liga dan kesannya jurulatih Edy Reja dipecat pada Mac 2009 dan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Roberto Donadoni dilantik bagi menggantikannya.

Napoli memulakan musim 2009-10 di Serie A dengan beberapa keputusan yang tidak memuaskan. Selepas tewas 2-1 kepada Roma pada Oktober 2009, Donadoni melepaskan tugasnya dan digantikan oleh Walter Mazzarri. Di bawah bimbingan Mazzarri, Napoli melonjak ke tangga enam liga dan menempah tempat ke Liga Europa. Napoli membeli beberapa pemain terkenal antaranya Edinson Cavani untuk menghadapi musim 2010-11. Akhirnya, Napoli menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan.

Barisan pemain Napoli pada tahun 2015

Pada musim 2011-12, Napoli menamatkan musim kelima di Serie A tetapi berjaya mengalahkan juara liga, Juventus di Stadio Olimpico untuk menjulang Coppa Italia buat kali keempat dalam sejarah kelab selepas 25 tahun penantiannya. Napoli juga melalui musim cemerlang dalam Liga Juara-Juara selepas penyertaan pertamanya pada musim 1990-91. Napoli menduduki tempat kedua kumpulan di belakang kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan memintas Manchester City, akhirnya layak ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh Chelsea.

Pada musim 2012-13, Napoli menduduki tempat kedua Serie A dan ini adalah kedudukan terbaik Napoli sejak memenangi scudetto pada musim 1989-90. Edinson Cavani menjadi penjaring terbanyak liga dengan menjaringkan 29 gol sebelum beliau dijual ke Paris Saint-Germain untuk menjadi rekod perpindahan tertinggi kelab sebanyak 57 juta paun sterling.

Untuk menghadapi musim seterusnya, Walter Mazzarri meninggalkan Napoli untuk menjadi jurulatih Internazionale dan digantikan oleh pengurus dari Sepanyol, Rafael Benítez, ini membuatkan beliau menjadi jurulatih asing membiming Napoli sejak Zdeněk Zeman dari Republik Czech pada tahun 2000.[27] Hasil penjualan Cavani, Napoli membeli tiga pemain Real Madrid iaitu Gonzalo Higuaín, Raúl Albiol dan José Callejón selain Dries Mertens dan Pepe Reina. Mereka menamatkan musim ini dengan menjuarai Coppa Italia selepas mengalahkan Fiorentina, 3-1 dan menjadikan trofi kelima buat Napoli. Selain itu, Napoli juga menduduki tempat ketiga di Serie A dan membolehkannya untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan. Menurut Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), Napoli dipilih sebagai kelab ketiga terbaik dunia pada tahun 2015 walaupun gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada 1 Disember 2015, selepas mengalahkan Inter Milan, 2-1 di halaman sendiri, Napoli gah di tangga teratas Serie A buat pertama kali dalam masa 25 tahun. Pada 10 Januari 2016, kemenangan 5-1 ke atas Frosinone di tempat lawan membolehkan Napoli juara liga buat separuh musim dan berterima kasih kepada Sassuolo yang menang tipis 1-0 ke atas Inter di San Siro.

Napoli merupakan sebuah kota yang didirikan di tepi pantai dan warna-warna kelab ini diambil daripada laut Teluk Napoli. Asalnya, warna-warna ini disertakan dengan nama kelab Napoli FBC. Sejak 1920an hanya warna biru sahaja digunakan untuk memaparkan warna azure (biru) supaya mereka berkongsi nama samaran azzurri bersama pasukan kebangsaan Itali.

Salah satu nama samaran Napoli ialah I ciucciarelli yang membawa maksud "keldai kecil" dalam dialek tempatan dan mereka diberi gelaran ini apabila Napoli beraksi hambar ketika musim 1926–27. Ia pada membawa erti penghinaan, namun Napoli tetap menggunakan keldai sebagai maskot yang digelar 'O Ciuccio, memaparkan dengan bangganya.[28]

Lambang kelab Napoli sangat terkenal dengan huruf "N" yang tertera dalam satu bulatan. Lambang ini dapat dijejak ke kelab Internazionale Napoli, juga menggunakan lambang yang hampir sama pada pakaiannya. Sejak Napoli secara rasminya memakai lambang "N", Napoli telah mengubah sedikit demi sedikit pada masa-masa tertentu; kadang-kadang ia meletakkan nama kelab di keliling lambang tetapi kadang-kadang tidak. Manakala huruf "N" yang tertera di lambang kebiasannya berwarna putih tetapi kadang-kadang diletakkan warna emas.

Partenopei merupakan nama samaran popular untuk orang dan kelab dari kota Napoli pada amnya. Ia berdasarkan mitologi Yunani di mana Siren Parthenópē cuba untuk memikat Odysseus dari atas kapalnya untuk ke Capri. Akhirnya, Parthenope tidak mampu hidup apabila cintanya ditolak oleh Odysseus lalu beliau terjun dan mayatnya naik ke permukaan air di pesisiran Napoli.

Peminat dan pesaing

[sunting | sunting sumber]
Ultras Napoli di Stadio San Paolo

Napoli merupakan kelab keempat memiliki peminat teramai di Itali dan sekitar 13% peratus peminatnya di seluruh Itali. Sama seperti kelab-kelab Itali terkenal lain, terdapat kira-kira 6 juta peminat Napoli di seluruh dunia. Napoli juga menjai terkenal kerana purata kehadiran ke stadium tuan rumah antara tertinggi di Eropah.

Penyokong atau peminat Napoli selalunya mempunyai hubungan panas terutamanya ke atas pasukan-pasukan dari utara Itali. Salah satu persaingan bersejarah ialah bersama kelab Hellas Verona dan kemudian pada lewat 1980an, Napoli mempunyai persaingan ketat dengan Internazionale, Juventus dan AC Milan. Selain itu, Napoli juga mempunyai permusuhan dengan beberapa kelab Itali yang lain seperti Sampdoria, Reggina, Atalanta, Avellino, Bari, Bologna, Brescia, Cagliari, Lecce, Salernitana, Vicenza dan Udinese.

Tidak seperti bandar-bandar Itali lain seperti Genoa, Milan, Rom dan Turin, Napoli adalah satu-satunya kelab bola sepak terbesar di Naples dan tiada istilah "pertembungan" (derby) di Napoli. Walau bagaimanapun, terdapat dua pertembungan yang dinanti-nantikan oleh semua penyokong Napoli iaitu:

Derby della Campania amnya merujuk kepada kelab dari Campania iaitu Avellino dan Salernitana. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan ini kebanyakannya bermain di divisyen bawahan dan pertemuan ini biasanya sering daidakan di Coppa Italia.

Pertembungan Matahari (juga disebut Pertembungan Selatan), di antara Napoli dan Roma.

Persahabatan antara penyokong-penyokong Napoli dan Genoa adalah yang tertua dalam bola sepak Itali dan dapat diimbas kembali pada 16 Mei 1982 berikutan seri 2-2 di Napoli antara dua-dua pasukan pada hari terakhir musim 1981-82 di Serie A. Keputusannya Genoa berjaya melepasi zon penyingkiran manakala AC Milan tersingkir buat kali kedua dari Serie A ke Serie B dalam sejarahnya. Hubungan kedua-dua penyokong pasukan ini semakin kukuh apabila pada hari terakhir musim 2006-07 di Serie B, kedua-dua pasukan berkesudahan seri 0-0 di Genoa dan kedua-dua pasukan layak ke Serie A untuk musim berikutnya. Ultrs Genoa dapat dilihan memegang spanduk yang tertulis "Benvenuto fratello napoletano", bermaksud "Selamat datang, abang Napoli".

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 30 Ogos 2024 .[29]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Itali Alex Meret
4 DF Itali Alessandro Buongiorno
5 DF Brazil Juan Jesus
6 MF Scotland Billy Gilmour
7 FW Brazil David Neres
8 MF Scotland Scott McTominay
11 FW Belgium Romelu Lukaku
13 DF Kosovo Amir Rrahmani
14 GK Itali Nikita Contini
16 DF Sepanyol Rafa Marín
17 DF Uruguay Mathías Olivera
18 FW Argentina Giovanni Simeone
No. Pos. Negara Pemain
21 FW Itali Matteo Politano
22 DF Itali Giovanni Di Lorenzo (Kapten)
23 FW Itali Alessio Zerbin
25 GK Itali Elia Caprile
26 FW Belgium Cyril Ngonge
30 DF Itali Pasquale Mazzocchi
37 DF Itali Leonardo Spinazzola
68 MF Slovakia Stanislav Lobotka
77 FW Georgia (negara) Khvicha Kvaratskhelia
81 FW Itali Giacomo Raspadori
90 MF Itali Michael Folorunsho
99 MF Cameroon Frank Anguissa

Napoli Primavera

[sunting | sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
12 GK Itali Claudio Turi
60 MF Itali Francesco Gioielli

Nombor bersara

[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2000, Napoli menyimpan jersi nombor 10 sebagai penghormatan kepada bekas legenda kelab, Diego Armando Maradona yang bermain untuk kelab ini dari tahun 1984 hingga 1991. Pemain terakhir yang memakai jersi nombor 10 ialah Fausto Pizzi (1995–1996), Beto (pada 1996–1997), Igor Protti merupakan pemain terakhir yang bermain dan menjaringkan gol dengan memakai jersi nombor 10 pada perlawanan Serie A musim 1997–1998 dan Claudio Bellucci pula pada 1998–1999 dan 1999–2000 di Serie B. Ketika Napoli menempuhi musim-musim hambar, nombor 10 digunakan semula dari tahun 2004 hingga 2006 apabila Napoli bermain di Serie C1 dan kejuaraan ini menyuruh pemain-pemain menggunakan nombor 1 hingga 11. Pemain terakhir yang menjaringkan gol menggunakan jersi ini ialah Mariano Bogliacino pada 18 Mei 2006 menentang Spezia pada perlawanan terakhir Supercoppa di Lega Serie C1; ia sebagai penampilan terakhir beliau pada kejuaaan itu. Roberto Sosa menjadi pemain terakhir menyarung jersi nombor 10 di San Paolo dan pada masa yang sama, beliau menjaringkan gol menentang Frosinone pada 30 April 2006.

Kakitangan pasukan

[sunting | sunting sumber]
Posisi
Ketua jurulatih Maurizio Sarri
Pembantu jurulatih Francesco Calzona
Jurulatih kecergasan Francesco Sinatti
Jurulatih kecergasan Corrado Saccone
Jurulatih penjaga gol Alessandro Nista
Penganalisa taktik Simone Bonomi
Pembantu teknikal Giandomenico Costi
Direktor kesihatan Dr. Alfonso De Nicola
Pakar terapi fizikal Enrico D'Andrea
Doktor sukan Dr. Raffaele Canonico
Rehabilitator Rosario D'Onofrio
Pakar terapi fizikal Giovanni D'Avino
Pakar terapi fizikal Agostino Santaniello
Tukang urut Marco Di Lullo
Posisi
Presiden Aurelio De Laurentiis
Naib-presiden Jacqueline Marie Baudit
Naib-presiden Edoardo De Laurentiis
Ahli lembaga Andrea Chiavelli
Ketua Operasi, Penjualan dan Pemasaran Alessandro Formisano
Pengurus pentadbiran Laura Belli
Pengurus am sukan Cristiano Giuntoli
Pengurus komunikasi Nicola Lombardo
Pengurus pematuhan dan pentadbiran Antonio Saracino
Setiausaha Alberto Vallefuoco
Pengurus pasukan Giovanni Paolo De Matteis
Kerani persidangan Guido Baldari

Senarai presiden

[sunting | sunting sumber]
 
Nama Tahun
Giorgio Ascarelli 1926–27
Gustavo Zinzaro 1927–28
Giovanni Maresca 1928–29
Giorgio Ascarelli 1929–30
Giovanni Maresca
Eugenio Coppola
1930–32
Vincenzo Savarese 1932–36
Achille Lauro 1936–40
Gaetano Del Pezzo 1941
Tommaso Leonetti 1942–43
Luigi Piscitelli 1941–43
Annibale Fienga 1943–45
Vincenzo Savarese 1945–46
 
Nama Tahun
Pasquale Russo 1946–48
Egidio Musollino 1948–51
Alfonso Cuomo 1951–52
Achille Lauro 1952–54
Alfonso Cuomo 1954–63
Luigi Scuotto 1963–64
Roberto Fiore 1964–67
Gioacchino Lauro 1967–68
Antonio Corcione 1968–69
Corrado Ferlaino 1969–71
Ettore Sacchi 1971–72
Corrado Ferlaino 1972–83
Marino Brancaccio 1983
 
Nama Tahun
Corrado Ferlaino 1983–93
Ellenio F. Gallo 1993–95
Vincenzo Schiano di Colella
(presiden kehormat)
1995–96
Gian Marco Innocenti
(presiden kehormat)
1997–98
Federico Scalingi
(presiden kehormat)
1999–00
Giorgio Corbelli 2000–02
Salvatore Naldi 2002–04
Aurelio De Laurentiis 2004–

Senarai pengurus

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Kejuaraan lain

[sunting | sunting sumber]
  • Juara (1): 1976
  • Juara (1): 1966

Rekod dan statistik kelab

[sunting | sunting sumber]
Gonzalo Higuaín, menjadi pemain termahal dijual Napoli ketika beliau melakukan perpindahan ke Juventus.

Giuseppe Bruscolotti memegang rekod kemunculan terbanyak Napoli iaitu 511 penampilan selama 16 tahun dari 1972 until 1988. Antonio Juliano memegang rekod sebagai kemunculan liga terbanyak iaitu 394 kemunculan (355 di Serie A) apabila beliau bermain di Napoli selama 16 tahun dari 1962 hingga 1978.[30]

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Napoli iaitu Diego Armando Maradona telah menjaringkan 115 gol liga. Beliau menamatkan musim sebagai capocannoniere pada musim 1987–88 dengan 15 gol.[31] Rekod untuk gol terbanyak dalam liga record for most goals in the league (termasuk Divisione Nazionale) jatuh kepada Attila Sallustro dengan 106 gol dihasilkan olehnya manakala penjaring terbanyak Napoli di Serie A ialah Antonio Vojak bersama 102 gol Gonzalo Higuaín pula menjadi pemain menjaringkan jumlah gol terbanyak pada satu musim iaitu 36 gol ketika musim 2015-16.

Kemenangan terbesar direkodkan ialah 8-1 ketika menentang Pro Patria pada musim 1955–56 di Serie A.[32] Kekalahan terbesar Napoli ialah pada musim 1927–28 menentang juara liga, Torino dengan skor 11 berbalas kosong.[33]

Pada 26 Julai 2016, pemain Napoli Gonzalo Higuaín menjadi pemain ketiga termahal sepanjang zaman dan perpindahan tertinggi melibatkan kelab Itali[34] apabila beliau diikat 90 juta euro oleh Juventus.[35]

S.S.C. Napoli sebagai sebuah syarikat

[sunting | sunting sumber]

S.S.C. Napoli telah jauh dari divisyen utama pada 2004. Berterima kasih kepada Article 52 of N.O.I.F., nama kelab diubah ke Napoli Soccer (kemudian Napoli) pada masa yang sama, manakala Napoli yang lama dibubarkan. Ketika Napoli di ambang bankrup, kelab ini terhumban ke masalah kewangan untuk mencapai pendapatan operasi positif. Pada masa itu, kelab ini menggunakan bayaran tunai termasuklah pertukaran pemain untuk meningkatkan keuntungan jangka pendek (€28,329,090 in 2000–01; €17,721,534 pada musim 2001–02 season), tetapi ia juga menambahkan kos jangka panjang (pelunasan) melalui pembelian pemain. Pada dua musim terakhir sebelum bakrup, kelab ini diselamatkan oleh pelunasan perakaunan tidak-standard. Ia dibantu oleh Silvio Berlusconi, pemilik Milan dan Perdana Menteri Itali ketika itu yang melaksanakan Undang-undang Itali 91/1981, Artikel 18B. Napoli mengurangkan pelunasan dengan mendadaknya dari 33,437,075 euro hingga 1,659,088 euro + €4,660,123, kerana kontrak pemain ditangguhkan untuk melunaskan secara ansuran selama 10 tahun, dan bukannya yang berbeza-beza dari 1 hingga 5 tahun tempoh kontrak pemain. Walau bagaimanapun, pengamalan ini tidak mampu menyelamatkan kelab ini terlepas dari masalah kewangan dan akhirna pemilik kelab ini berundur.

Sejak ditubuhkan semula pada 2004, S.S.C. Napoli S.p.A. mempunyai strategi pengurusan yang mampan. Kelab ini mempunyai satu daripada kumpulan penyokong terbesar di Itali di mana sumber pendapatan diperoleh melalui pendappatan stadium dan hak TV. Kecuali pada musim pertama, Napoli mencatat keuntungan agregat dalam dua musm berturut-turut: pada 2004–05 dan 2005–06 mereka kerugian €7,061,463 dan €9,088,780. Pada musim 2006-07 di Serie B, Napoli mencatat keuntungan pertama iaitu €1,416,976. Musim pertama Napoli di Serie A membuatkan Napoli mencatatkan keuntungan bersih €11,911,041. Ia diikuti oleh keuntungan sebanyak €10,934,520 oleh kerana pendapatan dari perlawanan-perlawanan Eropah yang dibimbangi dapat menambah kos. Pada musim 2009–10, Napoli banyak melabur pemain-pemain dan menyebabkan mereka hanya mencatatkan keuntungan hanya €343,686. Pada musim Serie A 2010–11, Napoli kembali mencatat semul keuntungan di peringkat baik iaitu €4,197,829. Jumlah penambahan ini kerana hak TV baru untuk siaran Serie A selain mereka layak ke Liga Europa UEFA 2010-11. Pemegang saham ekuiti Napoli pada 30 Jun 2005 ialah negatif €261,466, yang mana kelab ini bermula dengan pendapatan modal €3 juta dan modal semula sebanyak €3.8 juta ketika Serie C1 2004–05.

S.S.C. Napoli S.p.A.
penyata kewangan yang berasingan (source)
Tahun Perolehan Keputusan Jumlah aset Keuntungan aset Pemodalan semula
S.S.C. Napoli S.p.A. (P.I. 03486600632) kadar pertukaran €1 = L1936.27
Serie B 1999–2000[36] €25,120,308*# €203,378*[37] €111,556,811* €5,952,921*
Serie A 2000–01[38] €54,966,464*# (€2,036,451)* €154,624,699* €3,896,132* €0
Serie B 2001–02[39] €21,183,736*# (€28,856,093)* €92,721,662* (€2,166,997)* ~€22.8 juta
Serie B 2002–03[40] €20,428,522*# (€13,754,506)*? €67,994,171*? (€966,735)*? ~€15 juta
Serie B 2003–04 Tiada kerana bankrup
S.S.C. Napoli S.p.A. (P.I. 04855461218) permulaan modal: €3 juta**
Serie C1 2004–05[41] €11,174,000 (€7,061,463) €37,117,126 (€261,466) €3,800,000
Serie C1 2005–06 [42] €12,068,630 (€9,088,780) €37,299,498 €211,220 €9,561,466
Serie B 2006–07[43] €41,411,837 €1,419,976 €47,917,274 €1,916,975 €288,780
Serie A 2007–08[44] €88,428,490 €11,911,041 €86,244,038 €13,829,015 €1,000
Serie A 2008–09[45] €108,211,134 €10,934,520 €81,199,725 €24,763,537 €0
Serie A 2009–10[46] €110,849,458 €343,686 €117,237,581 €25,107,223 ? €0
€131,476,940 €4,197,829 €110,053,332 €29,305,052
Serie A 2011–12 €155,929,550 €14,720,757 €138,168,981 €44,025,810
Serie A 2012–13 €151,922,436 €8,073,447 €136,748,114 €52,099,258
Serie A 2013–14 €237,034,664 €20,217,304 €215,764,185 €72,316,563
Serie A 2014–15
Agregat
Purata

Pengeluar jersi dan penaja

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Pengeluar Penaja
1978–80 Puma Tiada
1980–81 NR (Ennerre)
1981–82 Snaidero
1982–83 Cirio
1983–84 Latte Berna
1984–85 Linea Time Cirio
1985–88 NR (Ennerre) Buitoni
1988–91 Mars
1991–94 Umbro Voiello
1994–96 Lotto Record Cucine
1996–97 Centrale del Latte di Napoli
1997–99 Nike Polenghi
1999–00 Peroni
2000–03 Diadora
2003–04 Legea Russo di Cicciano
2004–06 Kappa Sky Captain / Christmas in Love / Manuale d'amore / Mandi
2005–06 Lete
2006–09 Diadora
2009–11 Macron
2011–14 Lete-MSC (Lete hanya Liga Juara-Juara dan Liga Europa)
2014–15 Lete-Pasta Garofalo (Lete hanya Liga Juara-Juara dan Liga Europa)
2015– Kappa
  1. ^ "Deloitte Football Money League 2014". Deloitte. Dicapai pada 9 October 2014.
  2. ^ "Member associations - UEFA rankings - Season club coefficients –". Uefa.com. 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  3. ^ "Napoli was rated the third best Club in the World in 2015 according to the IFFHS". www.sscnapoli.it. Dicapai pada 2025-08-05.
  4. ^ "Willy Garbutt, The Italian Trailblazer". British Council. 23 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "La Storia – Periodo 1904–1926". Napolissimo. 23 June 2007.
  6. ^ name="earlyhistory"
  7. ^ name="earlyhistory"
  8. ^ "A short history of Napoli's roots: The Spark of Life". 'O Ciuccio. 24 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  9. ^ name="league">Modena, Panini Edizioni (2005). Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004.
  10. ^ "Il primo, e ancora indimenticato idolo, dei tifosi partenope". Cronologia. 26 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  11. ^ name="league"
  12. ^ name="league"
  13. ^ "Italy 1947/48". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation.
  14. ^ "Italy – Coppa Italia History". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 26 June 2007.
  15. ^ name="calcionap"
  16. ^ name="calcionap"
  17. ^ name="league"
  18. ^ name="league"
  19. ^ name="league"
  20. ^ "Anglo-Italian League Cup". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. 24 June 2007.
  21. ^ "UEFA Cup Winners' Cup". UEFA. 26 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ name="calcionap"
  23. ^ name="league"
  24. ^ name="league"
  25. ^ "Finals Countdown: Argentina". U4 The Game. 26 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  26. ^ name="d10s">"People's champion". Channel 4. 26 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  27. ^ "Rafa Benitez Is Napoli Manager". BBC. Dicapai pada 27 May 2013.
  28. ^ "A short history of Napoli's roots". 'O Ciuccio. 24 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-05.
  29. ^ "Rosa 2022/23" [First team – SSC Napoli] (dalam bahasa Itali). SSC Napoli. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2023. Dicapai pada 30 October 2022.
  30. ^ name="playerrecord"
  31. ^ "Italy – Serie A Top Scorers". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada August 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  32. ^ name="league"
  33. ^ name="league"
  34. ^ "Gonzalo Higuain's £75m Juventus move – its place in history and what it means for football". eurosport.com. 26 July 2016. Dicapai pada 26 July 2016.
  35. ^ "Higuain joins Juventus". juventus.com. 26 July 2016. Dicapai pada 26 July 2016.
  36. ^ name=Napoli2001bilancio
  37. ^ excluding 10% profit contribution to youth sectors, by article 10 of Italian Law 91/1981
  38. ^ name=Napoli2001bilancio
  39. ^ name=Napoli2002bilancio
  40. ^ name=Napoli2003bilancio
  41. ^ name=Napoli2005bilancio
  42. ^ name=Napoli2006bilancio
  43. ^ name=Napoli2007bilancio
  44. ^ name=Napoli2008bilancio
  45. ^ name=Napoli2009bilancio
  46. ^ name=Napoli2010bilancio

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
欲女是什么意思 桃花长什么样 发烧拉肚子是什么原因 鸡眼用什么药好 检测毛囊去什么医院
咽喉肿痛吃什么药好 mlb是什么牌子 流动人口是什么意思 什么药可以降尿酸 左边头痛什么原因
为什么会怀孕 益生菌的食物是什么 赝品是什么意思 小脑梗塞会出现什么症状 大腿后侧疼痛什么原因
脖子粗挂什么科 白斑有什么症状图片 驴友是什么意思 为什么不建议光子嫩肤 服化道什么意思
尿常规异常是什么意思jasonfriends.com gh发什么音hcv7jop5ns5r.cn 阴虚火旺是什么意思clwhiglsz.com 2006年属狗的是什么命hcv9jop0ns8r.cn 提成是什么意思hcv8jop6ns3r.cn
吃了头孢不能吃什么hcv8jop9ns2r.cn 肚脐上面疼是什么原因hanqikai.com 虹吸是什么意思hcv8jop5ns6r.cn 梅核气吃什么药能除根hcv7jop6ns2r.cn 什么胃病需要做手术hcv9jop1ns5r.cn
点卯是什么意思xianpinbao.com 大小脸是什么原因造成的hcv8jop0ns5r.cn 梦游的人为什么不能叫醒hcv7jop9ns5r.cn 浅棕色是什么颜色hcv9jop2ns9r.cn 汆水是什么意思hcv9jop1ns8r.cn
母慈子孝下一句是什么1949doufunao.com 漂亮的什么hcv9jop4ns4r.cn 焱字五行属什么jinxinzhichuang.com 失眠挂什么科hcv9jop2ns7r.cn 什么减肥最快不反弹hcv8jop4ns6r.cn
百度